Tuesday, November 9, 2010

Tempoh Neolitik


"Neolitik" bererti "Zaman Batu Baru". Ini merupakan tempoh pembangunan teknologi dan masyarakat primitif, pada akhir "Zaman Batu." Bermula pada alaf 10 SM / (12,000 tahun dahulu), tempoh Neolitik melalui pembangunan awal perkampungan, pertanian, penternakan haiwan dan perkakasan.
Kebangkitan pertanian
Bajak ditarik kerbau, Mesir Purba, sekitar 1200 SM.
Perubahan utama, digambarkan oleh pakar pra sejarah Vere Gordon Childe sebagai "Revolusi Pertanian," berlaku sekitar 10 alaf Sebelum Masihi dengan amalan pertanian. Orang-orang Sumer pertama mula menanam sekitar 9500 SM. Menjelang 7000 SM, pertanian telah tersebar ke India; menjelang 6000 SM, ke Mesir; menjelang 5000 SM, ke China. Sekitar 2700 SM, pertanian telah tiba ke Mesoamerika.
Sungguhpun perhatian cenderung tertumpu pada Hilal Subur Timur Tengah, kajian arkeologi di Amerika, Timur Asia dan Asia Tenggara menunjukkan bahawa sistem pertanian, menggunakan tanaman dan haiwan berlainan, mungkin dalam sesetengah kes berkembang di sana hampir sama awalnya. Perkembangan pengairan teratur, dan penggunaan tenaga kerja khas, oleh Sumeria, bermula sekitar 5500 SM. Batu digantikan dengan gangsa dan perkakasan besi bagi pertanian dan perperangan. Penempatan pertanian sehingga itu hampir sepenuhnya bergantung kepada perkakasan batu. Di Eurasia, perkakasan tembaga dan gangsa, hiasan dan senjata telah menjadi biasa sekitar 3000 SM. Selepas gangsa, kawasan Mediterranean Timur, Timur Tengah dan China mula menggunakan perkakasan dan senjata besi.

No comments:

Post a Comment