Tuesday, November 9, 2010

Tempoh Mesolitik



                                                            Perahu jalur (dugout canoe)

"Mesolitik," atau "Zaman batu Pertengahan" (dari Yunani "mesos," "pertengahan," dan "lithos," "batu") merupakan zaman dalam perkembangan teknologi manusia antara tempoh Zaman Paleolitik dan Neolitik Zaman Batu.

Tempoh Mesolitik bermula pada penghujung tempoh Zaman Pleistosen, sekitar 10,000 tahun dahulu, dan berakhir dengan pengenalan kepada pertanian, yang tarikhnya berbeza menurut kawasan geografi. Di sesetengah kawasan, seperti Timur Dekat, pertanian telahpun dilaksanakan menjelang hujung Zaman Pleistosen, dan di situ Mesolitik adalah pendek dan tidak jelas. Di kawasan yang mempunyai kesan glasial terhad, istilah Epipaleolitik kadang-kala digunakan.

Kawasan yang mengalami kesan persekitaran lebih besar seperti zaman air batu terakhir mempunyai lebih banyak bukti era Mesolitik, beralaf lamanya. Di Eropah Utara, masyarakat mampu hidup mudah dengan bekalan makanan yang banyak dari tanah paya terbentuk akibat cuaca lebih panas. Keadaan sedemikian menghasilkan tabiat manusia yang dikekalkan dalam rekod bahan, seperti oleh kebudayaan Maglemosian dan Azilian. Keadaan sedemikian turut melewatkan kedatangan Neolitik sehingga 4000 SM (6,000 tahun dahulu) di Eropah Utara.

Peninggalan dari tempoh ini adalah sedikit dan jarang dijumpai, seringkali terhad pada buangan. Di kawasan berhutan, tanda pertama nyahhutan telah dijumpai, sungguhpun ini hanya bermula dengan meluas semasa Neolitik, apabila lebih banyak kawasan diperlukan bagi pertanian.

Di kebanyakan kawasan, Mesolitik mempunyai ciri-ciri perkakasan batu komposit kecil — mikrolit dan mikroburin. Alat pancing, kapak batu dan objek kayu, contoh. Kanu dan busur panah turut dijumpai disesetengah kawasan. Teknologi ini mula muncul di Afrika, dikaitkan dengan budaya Azilian, sebelum merebak ke Eropah menerusi budaya Ibero-Maurusian di Sepanyol dan Portugis, dan budaya Kebaran di Palestin. Kemungkinan ciptaan ini berlaku secara serentak tidak boleh diabaikan.

Semasa Mesolitik sama seperti tempoh Paleolitik sebelumnya, manusia tinggal dalam suku kecil dan puak (kebanyakan sama taraf).

No comments:

Post a Comment