Sunday, October 10, 2010

ZaMan Pra-SeJaRaH

Sekilas pandangan tentang dunia,sejarah  bermula dengan spesies-spesies yang menjadi mitos sehingga ke hari ini,dan zaman ini dikenali sebagai zaman pra sejarah,Hanya sekadar pengetahuan,dunia dinosaur bermula sejak 220 juta tahun yang lampau dan telah banyak dikembalikan dalam pelbagai medium termasuk filem dan dokumentari.

Kehidupan dinosaur dibahagikan kepada zaman yang berasingan iaitu zaman akhir Triassic, zaman akhir Jurassic, zaman awal batu kapur dan zaman akhir batu kapur.

1. Berikut adalah spesies awal dinosaur yang menguasai bumi kira-kira 220 juta tahun lalu. Setiap spesies mempunyai corak kehidupan yang berlainan daripada spesies karnivor mahupun herbivor.
Sesuatu yang cukup ketara daripada corak kehidupan tersebut ialah yang kuat saja akan terus hidup. Antara spesies yang hidup pada zaman awal Triassic ialah coelophysis, postosuchus, cynondont, petenosaurus dan placerius. Pada zaman itu spesies coelophysis dan postosuchus daripada jenis karnivor dianggap paling berkuasa.
2. Pada zaman akhir Jurassic iaitu kira-kira 152 juta tahun lampau,
Dinosaur yang hidup pada zaman itu ialah antara haiwan yang paling besar yang pernah menguasai bumi. Spesies yang dikenali sebagai allosaurus dan stegosaurus dipercayai pernah hidup di benua Amerika Utara kira-kira 150 juta tahun yang lampau. Sesuatu yang pasti dinosaur bukan saja hidup di darat tetapi juga di laut.
3. kehidupan pelbagai spesies termasuk clipton, opthalmosaurus dan liopleudoron yang menguasai lautan pada zaman awal batu kapur kira-kira 140 juta tahun lalu.
4. Spesies dinosaur ini,pernah mendominasi ruang udara seperti ornithocheirus. Ornithocheirus mempunyai corak kehidupan yang ganjil dan diibaratkan sebagai pengembara pada zaman itu.
Haiwan tersebut mampu terbang dalam kelajuan lebih 500km/sejam dan boleh merantau lebih 14,000 batu dalam setiap pengembaraannya. Spesies dinosaur juga dipercayai pernah menguasai benua antartika dan Australia dengan penemuan rangka spesies itu di sana.
leaellynasaur
5. Spesies dinosaur yang hidup pada zaman awal batu kapur itu ialah dwarfallosaur, leaellynasaur, koollasuchus dan mutlaburrasurus.
6.Zaman terakhir spesies dinosaur yang dikatakan lupus pada kira-kira 60 juta tahun lampau setelah tahi bintang besar jatuh ke bumi,pada zaman ini,lebih banyak spesies dinosaur menguasai bumi pada zaman akhir batu kapur termasuk tyrannosaurus, allosaurus, stegosaurus dan brachiosaurus.

No comments:

Post a Comment