Saturday, October 16, 2010

Nabi Idris Manusia PerTama YanG MenuLis DenGan PeNa

Kerana ketekunannya dalam beribadah dan menuntut ilmu, Nabi Idris dikurniakan Allah SWT pengetahuan yang luas dan dalam. Dialah manusia pertama yang menulis dengan pena .

Nabi Idris dilahirkan di Munaf, sebuah daerah di Mesir. Dia adalah keturunan ke enam Nabi Adam, dari Yazid bin Mihla'iel bin Qinan bin Syits. Dia datuk nenek Nabi Nuh AS. Nabi Syits mengajarkan Idris membaca Shafiah. Allah SWT menurunkan 30 Shahifah kepada Nabi Idris AS yang mengandungi panduan untuk disampaikan kepada umatnya (keturunan Qabil yang derhaka kepada Allah).

   Semasa Nabi
Idris masih kecil,beliau mempelajari Shafiah dengan tekun, kerana kesukaannya membaca itulah, ia mendapat gelaran "Idris", yang bermaksud orang yang tekun belajar. Dia belajar membaca dan menulis tanpa mengenal waktu dan tempat. Dia menjadi Nabi pertama yang menulis dengan Pena yang terbuat dari batu kerikil. Tidak menghairankan bila Allah menganugerahkan ilmu pengetahuan yang luas.
Beliaulah yang mula-mula pandai ilmu hisab dan ilmu bintang, dan beliau pula manusia pertama yang menunggang kuda, menggunting pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang dan menjahitnya.
Dia mempunyai kekuatan yang hebat dan bertabiat gagah berani, sehingga diberi gelaran "Asadul Usud", ertinya Singa dari segala Singa. Dia tidak pernah lalai sedikitpun dari mengingati Allah, walau sedang sibuk menghadapi persoalan penting sehari-hari. Hingga Allah memberikan darjat yang tinggi padanya.
Seperti halnya Nabi Adam dan Nabi Syits, Nabi Idris juga menerima Wahyu Allah melalui malaikat Jibril yang berupa 30 Shahifah yang mengandungi panduan untuk disampaikan kepada Umatnya. Beliau di utuskan berdakwah kepada umat keturunan Qabil. Umat ini telah bersikap derhaka kepada Allah. Mereka menimbulkan pelbagai bencana dan kerosakan di muka bumi. Oleh Nabi Idris orang-orang ini diajak sembahyang, puasa dan bersedekah.
Tapi, keturunan Qabil ini tak mahu mendengar ajakan menuju kebaikan itu. Mereka malah menghina dan mengejek Nabi Idris. "Hidup kami sudah senang dan serba cukup, kenapa engkau mengganggu kami? Tanya beberapa orang penting dari kaum itu.

    
"Ajaranmu pelik, kami tak memerlukannya!" Sahut yang lain. "Lebih baik engkau hidup sendiri bersama Tuhanmu."
Begitulah cabaran dakwah Nabi Idris selama puluhan tahun menyebarkan ajaran kebenaran. Hanya segelintir orang yang mahu mengikutinya. Sebahagian besar daripada mereka lebih suka mengikuti hawa nafsunya sendiri.
Kerana keturunan Qabil semakin menentang ajaran Idris, Allah memerintahkan Nabi Idris meninggalkan mereka dan membawa pengikutnya yang setia dan mahu beriman kepada Allah untuk menyelamatkan diri. Kerana Allah akan menurunkan azab kepada umat yang derhaka itu.
Begitu Nabi Idris dan pengikutnya meninggalkan negeri itu, datanglah azab yang dijanjikan Allah. Paceklik bermaharajalela, pertanian gagal, ternakan mati, akhirnya umat yang sesat itupun mati bergelimpangan kerana kelaparan.
Sebaliknya, Nabi Idris dan orang-orang yang beriman yang mengikutinya diselamatkan Allah dari bencana yang mengerikan itu.

No comments:

Post a Comment