Friday, October 8, 2010

TeMpaT PerTemuaN Nabi Adam a.s Dengan SiTi HaWa

Jabal Rahmah bermaksud bukit atau gunung kasih sayang, dan diyakini umat Islam sebagai
tempat pertemuan Nabi Adam A.S dengan isterinya Siti Hawa, setelah diusir Allah SWT dari
Syurga. Keduanya diusir selepas melanggar larangan Allah SWT, yakni memakan buah Khuldi,
akibat tergoda pujuk rayu Iblis. Peristiwa ini, diabadikan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, surah
Al-Baqarah ayat 35 dan 38 serta Al-A'raf ayat 19-25 dan surah Thoha ayat 123 :
"Dan kami berfirman," Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan
makanlah dengan nikmat (pelbagai makanan) yang ada disana sesukamu.
(Tetapi) dan janganlah kamu mendekati pohon itu (khuldi, red), nanti kamu akan termasuk di
dalam golongan orang-orang yang zalim. "(QS 2:35)"
Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi
yang lain. Dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kesenangan di bumi sampai waktu yang
ditentukan. (QS 2: 36). "Turunlah kamu semua dari Syurga! Kemudian jika benar-benar datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada
mereka dan mereka tidak bersedih hati. "(QS 2:38).
Dalam surah Al-A'raf, diusirnya Adam dan Hawa dari Syurga ini diabadikan pada ayat 24-25.
"Turunlah kamu! kamu akan saling bermusuhan satu sama lain. Bumi adalah tempat kediaman dan kesenangan hingga ke suatu masa yang telah ditetapkan. Disana kamu hidup, disana
kamu mati dan dari sana (pula) kamu akan dibangkitkan. "(QS 7:24-25).
Adam dan Hawa diusir dari syurga kerana melanggar larangan Allah, yakni memakan buah
khuldi, akibat pujuk rayu Iblis. Iblis berkata kepada Adam dan Hawa: "Wahai Adam, mahukah,
aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi (yakni pokok keabadian) dan kerajaan yang tidak akan
binasa? Lalu keduanya memakannya, sehingga tampaklah aurat mereka dan mulailah
keduanya menutupinya dengan daun-daun (yang ada di) surga, dan telah derhakalah Adam
kepada Tuhannya, dan sesatlah dia. "(QS Thaha (20): 120-121).
Akibat melanggar larangan tersebut, Adam A.S dianggap derhaka kepada Allah SWT dan
tersesat, kerana mengikut bisikan Iblis. Menurut sebahagian ulama, kesalahan Adam A.S ini,
meskipun tidak begitu besar menurut ukuran manusia biasa, sudah dinamakan derhaka dan
sesat, kerana tingginya martabat dan kedudukan Adam A.S sebagai seorang Nabi yang harus
menjadi teladan bagi yang lain.
Adam AS awalnya menolak mengikut pujukan Iblis. Namun, desakan Siti Hawa yang begitu
kuat, akhirnya membuat Adam ikut memakan buah tersebut. Akibatnya, setelah memakan buah
tersebut, terlepaslah pakaian mereka sehingga nampak auratnya.
Demikian diterangkan dalam An Nihayah fi Gharib Al-Hadits, karya Abu Sa'adaat Ibnul Atsir jilid 3 hlm 158).
Menurut beberapa keterangan, selain Iblis, Adam dan Hawa, yang turut pula diusir dari syurga
adalah seekor ular. Al-Imam Abu Ja'far Muhammad bin Jarir At-Thabari RA dalam tafsirnya
ketika menerangkan ayat ke-36 Surah Al-Baqarah, membawakan sebuah riwayat dengan
sanadnya bersambang kepada para sahabat Nabi SAW seperti Ibnu Abbas, Ibnu Mas'ud dan
lain-lain menerangkan: "Ketika Allah memerintahkan kepada Adam dan Hawa untuk tinggal di
syurga dan melarang keduanya memakn buah khuldi, Iblis mempunyai peluang untuk menggoda
Adam dan Hawa. Namun, ketika ingin masuk ke syurga, Iblis dihalang oleh malaikat. Namun,
dengan tipu muslihatnya, Iblis kemudian mendatangi seekor ular, yang waktu itu ia adalah
haiwan yang mempunyai empat kaki seperti unta, dan ia adalah haiwan yang paling bagus
bentuknya. Setelah berbasi-basi, Iblis lalu masuk ke mulut ular dan ular itupun masuk ke syurga
sehingga Iblis lolos dari pengawasan malaikat. "Kerana itulah, mereka semua akhirnya diusir
dari syurga.
Setelah diusir dari syurga, di manakah Adam dan Hawa diturunkan, dan dimanakah
bertemunya? Belum ada keterangan yang paling sahih tentang itu. Namun, sebahagian ulama
sepakat, bahwa keduanya diturunkan secara berasingan dan kemudian bertemu di Jabal
Rahmah, di Arafah. Menurut Al-Imam At-Thabari dalam Tarikhnya (jilid 1 hlm 121-126), bahawa
Mujahid meriwayatkan keterangan Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutthalib yang mengatakan:
"Adam diturunkan dari Syurga ke bumi di negeri India."

Menurut riwayat, setelah melalui pelbagai cara, Iblis berjaya memperdaya Nabi Adam di Syurga untuk memakan buah pohon Khuldi larangan Allah SWT. Akibat perbuatannya itu, Allah SWT menurunkan Nabi Adam dan Siti Hawa dari Syurga ke bumi. Kononya, Nabi Adam dan Siti Hawa diturunkan di tempat terpisah jauh di bumi, Nabi Adam diturunkan di India manakala Siti Hawa di Iraq. Kemudian mereka saling mencari dalam kurun waktu yang lama, dan setelah 100 tahun carian akhirnya keduanya bertemu di Jabal Rahmah atas petunjuk Allah SWT tentunya. Keduanya lalu meneruskan ikatan keluarga sebagai suami isteri dan melahirkan keturunannya sebagai cikal-bakal umat manusia.
Setelah Nabi Adam diturunkan dari Syurga ke bumi, Allah SWT mengajarkan padanya kalimah-kalimah taubat dan kemudian Nabi Adam mengamalkan hingga Allah menerima taubatnya. "Kemudian Adam menerima beberapa kalimah dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. "(QS. Al-Baqarah: 37)

No comments:

Post a Comment