Tuesday, November 9, 2010

Sejarah dunia


Sejarah dunia, menurut kebiasaan, adalah sejarah manusia, dari kemunculan Homo sapiens sehingga masa kini. Sejarah manusia ditanda oleh kedua-dua jumpaan dan ciptaan secara beransur-ansur, dan juga lompatan kuantum (quantum leap) — anjakan paradigma, dan revolusi — yang merangkumi mercu tanda dalam evolusi kerohanian dan duniawi kemanusiaan.

Sejarah manusia, berbanding dengan pra sejarah, pada masa lalu dikatakan bermula dengan ciptaan, secara bebas dibeberapa tapak di bumi, tulisan, yang menjadi infrastruktur bagi penyebaran ingatan yang berterusan dan tepat dan dengan itu penting bagi penyebaran dan perkembangan pengetahuaan.Tulisan, sebaliknya, menjadi perlu dengan gelombang Revolusi Neolitik / Revolusi Pertanian, yang telah memberikan kebangkitan tamadun, contoh. masyarakat yang menetap secara tetap, yang mendorong peningkatan kepelbagaian perdagangan.

Habitat manusia yang bertaburan, berpusat sekitar punca air penting bagi kehidupan — sungai dan tasik — berkembang dengan masa kepada unit lebih besar, selaras dengan perkembangan kaedah pengangkutan yang lebih baik. Proses perkembangan ini, digalakkan oleh persaingan dan pertelingkahan antara masyarakat yang berjiran, semakin berkembang merentasi alaf kepada negara lebih besar, dan kemudiannya negara super atau empayar. Di Eropah, kejatuhan Empayar Rom Barat biasanya dikatakan sebagai menandakan akhirnya sejarah silam dan permulaan Zaman Pertengahan.

Seribu tahun semudian, pada pertengahan abad ke-15, ciptaan Johannes Gutenberg bagi percetakan moden, menggunakan jenis boleh gerak, merevolusi perhubungan, membantu mengakhiri Zaman Pertengahan dan membawa masuk zaman moden, Renaissance dan Revolusi Saintifik.

Menjelang abad ke-18, himpunan pengetahuan dan teknologi, terutamanya di Eropah, telah sampai tahap kritikal yang mencetuskan kehadiran Revolusi Perindustrian. Lebih suku-alaf sejak itu, perkembangan pengetahuan, teknologi, perdagangan, dan — bersamanya — potensi kemusnahan akibat perang telah meningkat berganda secara geometri mencipta peluang dan bahaya yang kini mengancam masyarakat manusia yang tinggal bersama di planet ini. 

Zaman Paleolitik


World map of human migrations, with the North Pole at center. Africa, harboring the start of the migration, is at the top left and South America at the far right. Migration patterns are based on studies of mitochondrial (matrilinear) DNA.
Numbers represent thousand years before present.
The blue line represents area covered in ice or tundra during the last great ice age.
The letters are the mitochondrial DNA haplogroups (pure motherly lineages); Haplogroups can be used to define genetic populations and are often geographically oriented. For example, the following are common divisions for mtDNA haplogroups:
  • African: L, L1, L2, L3, L3
  • Near Eastern: J, N
  • Southern European: J, K
  • General European: H, V
  • Northern European: T, U, X
  • Asian: A, B, C, D, E, F, G (note: M is composed of C, D, E, and G)
  • Native American: A, B, C, D, and sometimes X
Peta penghijrahan manusia, menurut genetik populasi mitokondria. Nombor adalah alaf sebelum kini (ketepatan dipersoalkan).

"Paleolitik" bererti "Zaman Batu Silam." Ini merupakan Zaman Batu terawal. Zaman Paleolitik Awal (Lower Paleolithic) sebelum Homo sapiens, bermula dengan Homo habilis dan pengunaan terawal perkakas batu sejak 2.5 juta tahun dahulu Homo sapiens berasal sekitar 200,000 tahun dahulu, membawa masuk Zaman Paleolitik Pertengahan.

Pada satu ketika pada Pertengahan Paleolitik, manusia turut membangunkan bahasa, muzik, seni awal, dan juga pengkebumian mayat secara sistematik.
Manusia berkembang dari Afrika Timur ke Timur Dekat sekitar 80 alaf dahulu, dan selanjutnya ke Asia Selatan dan Australasia sekitar 60 alaf dahulu, barat laut ke Eropah dan ke timur ke Asia Tengah sekitar 40 alaf dahulu, dan jauh ke timur hingga ke Amerika sejak sekitar 30 alaf dahulu. Zaman Paleolitik Akhir (Upper Paleolithic) dianggap bermula sejak 40 alaf dahulu, dengan kewujudan budaya "tinggi". Perkembangan ke Amerika Utara dan Oceania berlaku pada kemuncak Zaman Air Batu terkini, ketika kawasan sederhana amat tidak seduai untuk diduduki. Menjelang akhir Zaman Air Batu sekitar 12,000 tahun dahulu, manusia telah menduduki hampir kesemua bahagian bebas ais di seluruh dunia.
Sepanjang zaman Paleolitik, manusia biasanya hidup sebagai pemburu-pengumpul nomad. Masyarakat pemburu-pengumpul cenderung terdiri dari kumpulan agak kecil dan sama taraf (egalitarian), sungguhpun masyarakat pemburu-pengumpul dengan sumber makanan yang kaya atau mempunyai teknik penyimpanan makanan yang maju kadang kala membangunkan cara hidup tenang (sedentary), struktur masyarakat rumit seperti mempunyai ketua, dan pengelasan masyarakat; dan membolehkan hubungan jarak jauh, seperti bagi kes highway orang asli Australia.

Monday, November 8, 2010

2500 Tahun Dahulu -Zaman Gangsa
Semakin ramai manusia tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.


 Peta Asia yang dilukis oleh Ptolemy mengikut gambaran beliau.

Pada ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan sekitar Asia Tenggara.
Claudius Ptolemaeus

Maka sememangnyalah tidak hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy, seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia amat berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga beliau melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut melakarkan peta dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.

Ini juga menunjukkan bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama memerhatikan keadaan di sekitar Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya sampai ke sini pada kurun ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa pendapat mengatakan bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan dari kalangan penduduk Iskandariah atau Alexandria yang mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain atau Alexander The Great.


Masyarakat mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula diterjemahkan.

Pada era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.




35,000 – 10,000 tahun dahulu – Mesolitik

Pakar-pakar Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju. Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.

Ada teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup dalam era Paleolitik.

Manusia dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga, mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.


40,000 – 35,000 tahun dahulu – Paleolitik

Era Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah dari kalangan mereka.

Pada waktu ini, mengikut kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang ditaja oleh National Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic Odyssey’, muka bumi keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia terutamanya di bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia dan sebagainya.

Apabila berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair dan membanjiri hampir separuh dari muka bumi terutamanya di bahagian utara. Manusia seperti yang kita ketahui iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih Salam pada ketika itu banyak tinggal atau menghuni sekitar Tanah Arab dan Afrika.

Mereka-mereka ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais mula cair. Ada di antara beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini, memilih untuk tinggal di sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus sehingga China dan Mongolia. Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih untuk menetap terus di sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir sekali meneruskan perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari mereka ini kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.


Tamadun Awal 40,000 – 2,000 Tahun Dahulu Di Tanah Melayu
Zaman Batu


Sejarah awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang Tampan’.

Di kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.

Selain kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan manusia sejak sekian lama.

Salah satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di dinding Gua Tambun seperti di bawah.Lukisan Dinding Gua Tambun


Pendatang-pendatang Awal Hindu

Kedatangan pengaruh Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara hanya beberapa ratus tahun selepas itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan, perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini mendirikan kerajaan Melayu tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagai Srivijaya atau Vijayanaggar yang bertahan selama 1400 tahun.
"Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai kedatangan pengaruh Hindu-Buddha ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di dalam penulisan Tun Sri Lanang – Sulalatus As-Salatin, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah Raja-Raja Pasai dan sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini kemudian."
Pada masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan Srivijaya yang mana kemudiannya pada era moden ini telah membentuk Malaysia, Indonesia dan Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari kerajaan-kerajaan kuno Burma, Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk negara-negara moden Indo-China seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.
Pengaruh serta kuasa-kuasa Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan penggunaan bahasa serta penulisan mereka di sini. Mereka juga menggelarkan Asia Tenggara dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang bermaksud ‘Tanah-Tanah Emas’.

Migrasi manusia dari Sungai Mekong ke Tanah Melayu

Sungai Mekong
Sungai Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya mendiami di tempat-tempat berbeza.
Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.

Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.
Antara bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
* Alatan-alatan batu yang dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat. Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik. Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.

Teks Melayu Tertua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006. Inskripsi Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.

Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam. Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.

Friday, November 5, 2010

Adakah Manusia wujud di zaman dinosour?

Berdasarkan kajian Sains bumi ini dikatakan terbentuk sekitar 4.6 billion tahun yang lampau. Bermula dari tarikh itu muncullah pelbagai jenis organisme (dari hidupan bersel tunggal -unicellular life forms) sehinggalah kepada tumbuh-tumbuhan dan haiwan.

Merujuk kepada dinasour, reptilia yang pertama muncul pada zaman Permian (sekitar 300 juta tahun yg silam). Dinasour hanya muncul pada zaman berikutnya iaitu Triassic dan Jurassic iaitu di antara 250 hingga 140 juta tahun lalu. (Nota - Dinasour bukan reptilia - ciri-ciri dinasour ialah ia berdiri 'upright' - kedudukan kaki di bawah tubuh, tdk seperti cicak dan buaya di mana kakinya 'spread out' atau terkeluar di sisi tubuh).

Kewujudan manusia berdasarkan time line ini sangat lewat. Haiwan Mamalia muncul sekitar 35 - 40 juta tahun yang lalu, menggantikan dinasour. Mammoth muncul sekitar 1.8 juta tahun di epoch (waktu) Pliocene. (ini yang dikatakan zaman ais) dan manusia hanya muncul pada epoch (waktu) yang terakhir iaitu Holocene.

Kajian anthropologi telah menemukan beberapa fossil yang didakwa sebagai nenek moyang turunan manusia. Ia tidak bercirikan manusia moden maka itu dinamakan hominid dan nama yang diberikan ialah australopithecus yang wujud sekitar 3 juta tahun yang lalu. Ini diikuti oleh Homo habilis (the handy man) sekitar 1.8 juta tahun yang lalu; disusuli oleh Homo erectus 'the upright man' (yang menampakkan ciri manusia yang berdiri tegak); Homo sapien 'wise man' yang muncul sekitar 300,000 tahun (juga dikenali dgn Neanderthal) dan Homo sapien sapien 'modern man' (juga dikenali sebagai the cro magnon man) sekitar 30 hingga 25,000 tahun yang lalu. Cro magnon man dikatakan sebagai ancestors kpd manusia moden hari ini.

Bagaimana kita hendak menyesuaikan fakta (penemuan Sains) ini dengan Islam. Bilakah Nabi Adam a.s. diutus di muka bumi. Ini tidak dapat dipastikan. Tetapi berdasarkan kepada petunjuk anthropoli boleh dianggarkan sekitar 30 hingga 40,000 tahun yang lalu. Homo sapien (neandertal) dikatakan pupus disebabkan oleh saingan dari Homo sapien sapien (cro magnon) yang muncul sekitar zaman tersebut. Mungkinkah yang dirujuk sebagai cro magnon adalah turunan Nabi Adam a.s.Ini adalah agak munasabah kerana Nabi Musa a.s diutus sekitar 6,000 tahun yang lalu; Nabi Isa sekitar 2,000 tahun dan Rasulullah SAW sekitar 1,400 tahun.

Ini membawa kepada satu soalan menarik. Apakah sudah ada manusia lain sebelum Nabi Adam a.s. dicipta dan diutus ke bumi. Jawapannya Wallahu'alam. Namun ayat dari surat al-Baqarah ayat ke 30 menceritakan tentang peristiwa penciptaan Adam di mana malaikat bertanya kepada Allah 'apakah Engkau akan mencipta manusia di bumi yang akan menumpah darah dan melakukan kerosakan sedang kami sentiasa bertasbih kepada Engkau' Jawab Allah 'Aku lebih mengatahui apa yang tidak engkau ketahui'. Ayat ini menunjukkan seolah-olah sudah ada kejadian sebelum Adam dan mereka ini menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan). Apakah mungkin malaikat merujuk kepada makhluk-makhluk seumpama manusia atau yang mendahului manusia spt yg ditemui oleh penyelidik anthropology?

Sebagai seorang muslim kita beriman dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Penemuan Sains sebenarnya mengukuhkan lagi hakikat ini. Masalah besar yang melanda ilmu pengetahun moden yang menolak Islam dan agama ialah menggunakan fakta-fakta ini bagi merumuskan sesuatu berdasarkan pemikiran manusia semata-mata. Maka timbullah teori evolusi nukilan Charles Darwin yang mendakwa manusia berasal dari monyet. Penemuan anthropologi mengukuhkan lagi teori Darwin. Sedangkan apa yang berlaku ialah Allah menggantikan satu makhluk dengan makhluk yang lain. Silih bergantinya makhluk bukan disebabkan oleh evolusi di mana satu makhluk berubah menjadi makhluk yang lain tetapi digantikan dengan kemunculan makhluk yang baru.

Satu fakta yang boleh menyokong perkara ini ialah penemuan species baru yang masih berlaku sehingga hari ini. Sebagai contoh species serangga yang telah dikenal pasti ialah sekitar 800,000 species. Saintis menganggarkan ada sekitar 30 juta species serangga yang belum ditemui berdasarkan kepada kadar penemuan-penemuan baru dan tempat-tempat yang belum diteroka. Di manakah 30 juta species ini, adakah ianya ada tetapi belum ditemui atau dalam proses penciptaan oleh Allah SWT? Wallahu'alam, akal kita lemah untuk menjangkau ilmu Allah yang maha luas dan serba mencakupi.

Saya mencadangkan saudara membaca buku yang ditulis oleh Maurice Bucaille yang berjudul 'the origin of man' (sudah diterjemah - Asal-usul manusia). Di dalamnya beliau menjelaskan isu kejadian Adam dalam konteks penemuan paleontology (kaji fossil) dan anthropolgi.

Tuesday, October 26, 2010

NUH

 Beberapa abad setelah Nabi Idris a.s. wafat, penduduk Armenia mulai melupakan ajaran agama yang dibawa Nabi Idris a.s. Mereka kembali menyembah berhala karena bujukan iblis. Melihat kekufuran umat-Nya, Allah Swt. mengutus seorang nabi yang bernama Nuh untuk mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Nuh masih keturunan Nabi Adam a.s. dan Nabi Idris a.s. Ia menerima risalah kenabian pada usia 480 tahun dan berdakwah selama 5 abad. Namun kerana kaumnya sangat keras kepala, ia hanya mendapat sedikit pengikut. Menyedari betapa keras kepala kaumnya, Nabi Nuh a.s. meminta agar Allah Swt. menimpakan azab kepada mereka. Allah Swt. mengabulkan permintaan Nabi Nuh a.s. dan memerintahkannya untuk membuat perahu bersama para pengikutnya. Setelah perahu selesai, turunlah azab Allah Swt. berupa banjir yang menenggelamkan seluruh kaum Nuh yang ingkar. Kisah Nabi Nuh a.s. ada di Al-Qur'an, antara lain dalam surah Nuh yang menjelaskan dakwah dan doa Nabi Nuh a.s.

PERAHU

 Puluhan tahun Nabi Nuh a.s. berdakwah, tetapi umatnya tidak mau mengikuti ajarannya dan tetap menyembah berhala. Bahkan mereka sering kali menganiaya Nuh dan pengikutnya. Untuk itu Nuh meminta Allah Swt. supaya menurunkan azab bagi mereka. Allah Swt. mengabulkan permintaan Nuh. Agar umat Nuh yang beriman terhindar dari azab tersebut, Allah Swt. memerintahkan Nuh untuk membuat perahu. Bersama para pengikutnya, Nuh mengumpulkan paku dan menebang kayu besar dari pohon yang ia tanam selama 40 tahun. Melalui wahyu-Nya, Allah Swt. membimbing Nuh membuat perahu yang kuat untuk menghadapi serangan taufan dan banjir. Perahu Nuh merupakan alat angkutan laut pertama di dunia.

UMAT YANG KERAS KEPALA

 Umat Nabi Nuh adalah penyembah berhala pertama. Dalam Al-Qur'an surah Nuh ayat 23, disebutkan beberapa berhala yang mereka sembah, yaitu Wadd, Suwa, Yaghut, Ya'uq, dan Nasr. Nuh mengingatkan perbuatan umatnya. Namun mereka menutup telinga, bahkan menentang ajaran Nuh. Selama lima abad berdakwah, Nuh hanya mendapat 70-80 pengikut, itu pun berasal dari kalangan lemah.

KELUARGA NUH A.S.

 Nabi Nuh a.s. merupakan keturunan kesembilan dari Nabi Adam a.s. dan ketiga dari Nabi Idris a.s. Ayahnya bernama Lamik bin Metusyalih bin Idris. Nabi Nuh a.s. hidup selama 950 tahun. Ia mempunyai isteri bernama Wafilah dan empat orang putera, iaitu Syam, Khan, Yafits, dan Kan'an.

ULUL AZMI

 Nabi Nuh a.s. termasuk salah satu rasul dalam kelompok ulul azmi (orang yang mempunyai kemahuan yang kuat dan teguh), kerana kesabarannya dalam menghadapi kaumnya. Ia berdakwah selama 5 abad. Ia menghadapi kaumnya dengan sabar dan bijaksana. Siang dan malam, ia terus berusaha mengajak mereka kembali beribadah kepada Allah Swt.

KAN'AN

 Dari keempat putera Nabi Nuh a.s., hanya tiga orang yang selamat dari bencana banjir, kerana taat serta mengikuti ajaran yang dibawa ayahnya. Adapun seorang lagi, iaitu Kan'an, tewas tenggelam kerana azab Allah Swt. itu. Nabi Nuh merasa sedih kerana anaknya tidak mahu mengikuti ajarannya. Namun ia sadar bahwa puteranya itu termasuk orang-orang kafir yang mendapat azab dari Allah Swt.

DOA NUH

 Ketika air semakin tinggi, kapal Nabi Nuh a.s. mulai bergerak dan seisi kapal berdoa:
"...Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya. Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"  (Q.11:41).

AZAB BANJIR

 Setelah perahu Nabi Nuh sempurna dibuat, turunlah perintah Allah Swt. agar Nuh bersama para pengikutnya segera naik ke perahu dengan membawa tiap pasang jenis haiwan. Dengan izin Allah Swt., air tercurah dari langit dan memancar dari bumi. Banjir besar pun melanda kota, desa, daratan dan puncak bukit. Kaum Nabi Nuh yang ingkar pun ditelan banjir. Setelah banjir besar, langit berangsur- angsur cerah dan bumi mengisap air banjir. Perahu Nuh akhirnya berlabuh di Gunung Judie di sekitar Sungai Mausul, Irak.

HIDUP BARU

 Setelah banjir besar, Nabi Nuh a.s. dan para pengikutnya keluar dari kapal. Mereka mengucapkan puji syukur kepada Allah Swt. yang telah menyelamatkan mereka dari azab banjir. Tak lama setelah itu, kaum Nuh membangun perkampungan di tempat yang baru. Mereka lalu berkembang biak, sehingga pengikut Nuh semakin banyak. Keturunan mereka kemudian ada yang merantau meninggalkan tempat itu dan mencari tempat baru. Konon, mereka pindah ke tempat yang kini menjadi daratan Eropa dan Afrika.
Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.


lokasi yang dipercayai,adanya bahtera Nabi Nuh A.S
                                                                  gunung Ararat...